Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat penting dipelajari dan individu yang menguasai dan belajar Bahasa Inggeris adalah individu yang setapak ke hadapan berbanding orang lain. Hal ini kerana belajar Bahasa Inggeris sangat penting untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian yang lebih tinggi malahan dalam bidang pekerjaan sekalipun terutama untuk temuduga dan urusan kenaikan pangkat, calon yang menguasai bahasa inggeris diberi keutamaan.
Tidak ramai yang menyedari bahawa pendedahan terhadap Bahasa Inggeris sebenarnya bermula sejak kecil lagi. Lihatlah pada rancangan televisyen, siaran radio, lagu dan animasi kartun sebenarnya dipersembahankan dengan menggunakan bahasa inggeris. Oleh itu, di manakah silap agaknya? Amatlah merugikan sekali apabila mengetahui terdapat masih ramai lagi yang tidak menguasai dan mempelajari Bahasa Inggeris dengan sempurna ataupun pada tahap yang membanggakan. Lebih menyedihkan lagi bila terdapat segelintir yang mempersendakan gaya bahasa teman-teman mereka yang baru mula belajar asas bahasa inggeris.
Penting sekali untuk kita mengetahui fakta-fakta berikut:
Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa ilmu dan bahasa ekonomi yakni mempunyai penggunaan yang paling meluas di serata dunia.
Di negara kita sudah termaktub di perlembagaan negara bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara tetapi jika tidak, maka Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang kedua paling penting dalam negara.
Bahan-bahan ilmuan versi Bahasa Inggeris tiga kali ganda lebih banyak merangkumi prospek kajian di universiti dan internet.
Anda mampu hidup di mana-mana di dunia ini kerana mampu berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris dengan pelbagai bangsa utama dunia.
Kajian mendapati bahawa individu yang menguasai Bahasa Inggeris mempunyai tahap kemahiran berfikir yang tinggi berbanding dengan individu yang tidak menguasai bahasa tersebut.
Ada beberapa cara sebagai panduan belajar Bahasa Inggeris dengan mudah dan betul. Antaranya ialah dengan mengikuti kursus belajar bahasa inggeris. Namun demikian, yuran kursus agak mahal dan mencecah beratus-ratus ringgit bergantung pada pusat belajar bahasa inggeris. Ini kerana perisian-perisian yang digunakan memerlukan kos yang tinggi. Ada juga yang cuba belajar bahasa inggeris dengan sendiri dengan menggunakan buku dan kamus bahasa inggeris online tetapi masih juga tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Sebenarnya, untuk belajar Bahasa Inggeris dan menguasainya memerlukan strategi yang betul dan tidak bersandarkan pada kursus dan buku semata-mata. Ya, anda memerlukan strategi yang berkesan untuk menguasai Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment